Setiap manusia mempunyai kelemahan yg berbeza kerna kita semua dicipta di muka bumi ini tidaklah sempurna . Ada kalanya seseorang insan itu lemah pada mata orang lain tetapi tinggi di sisi Allah , ada juga yg tinggi pada mata orang lain tetapi jauh dari Allah . Kita semua dicipta adalah atas persetujuan diri kita sendiri sewaktu berada dalam rahim ibu lagi dan kemudiannya kita dilahirkan ke dunia . Allah menciptakan manusia sebaik-baik alam walaupun ada kalanya tercipta manusia yg tidak sempurna . Meskipun begitu , kita perlu bersyukur di atas pemberian Allah kerna di setiap pemberianNya ada tersirat pelbagai sebab . Itulah tandanya Allah swt itu Maha Adil .
Bersyukurlah wahai hamba Allah !
No comments:
Post a Comment