Tuesday, 28 January 2014

Assignment to be done ..

Assalammualaikum .
Mohon maaf yg dipinta buat mama ayah yg jauh di sana . Degupan rindu seorang anak buat orang tua yg menunggu kepulangan anaknya di masa cuti semester . Semester ni sangat2 busy buat aku dengan limpahan pelbagai assignment serta project utk final semester ni . Memang tak larat lah ceritanya . Hari2 tak cukup tido semata-mata menghadap kerja yg bertimbun-timbun . Adakah ini dugaanl Allah kepadaku ? Uuu Ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu ini utk menghadapi hari2 yg penuh dengan kesibukan . Tekanan minda yg memanjang . Permudahkanlah segala urusan harianku . Aminn !

Sunday, 26 January 2014

Bangun jalan sendiri !

Assalammualaikum , salam dari ikmal roslan 
Macam biasa meniti hari-hari tanpa berasa beban walaupun kita sudah tahu ianya sangat membebankan . Tetapi ingtlah wahai saudara dan saudariku bahawa Allah swt itu ada disisi kita . Hari demi hari pelbagai dugaan yg telah aku lalui di titian yg penuh dgn dugaan dan cabaran . Entah apa yg akan aku lalui nanti di hari esok . Aku gementar utk menanti hari-hari selanjutnya . Walaupun aku percaya kekuatan dalam diri ini dapat menampung kelemahanku . Aku percaya Allah ada utk aku bangkit meniti kehidupan ini .

Alhamdulillah !

Saturday, 18 January 2014

Meniti rinduu .

Assalammualaikum .
Salam minggu dari mal . Kadang- kadang mal ni jadi orang tidak pandai nak mengurus hal-hal peribadi sendiri . Kalau bab-bab nasihat orang dah macam gaya ustaz . Eceh ! Bukanlah , mal gurau je . Hmm . Tapi mal takde laa fikir sangat . Yelahh kan , bak kata orang "jangan berharap kepada sesuatu yg belum pasti" . Jika benar Allah swt itu mengutuskan perkara itu maka jadilah ia akan sesuatu perkara itu . Tidak perlu ada perasaan risau kerna Allah itu Maha Kuasa .

Mungkinkah ini permulaannya atau hanya sekadar simpang jalan . Hanya Allah saja yg tahu . Mal hanya seorang hamba yg tidak berhenti utk menagih simpati ke atasNya . Apa-apa pun hidup perlu diteruskan . Hanya doa menjadi ingatan . Pesanan menjadi pedoman . Usaha menjadi kejayaan . InShaaAllah !

"Sesungguhnya orang-orang yg bersabar pasti akan mendapat keberkatan dalam hidupnya dan dipermudahkan segala urusan kelak nanti"

Friday, 3 January 2014

Motor Baru ? Maybe ! InShaaAllah

Alhamdulillah ya Allah !
Alhamdulillah ! Kerana diberi kesempatan utk bernafas kembali pada hari jumaat ini . Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana diberi kesempatan utk hidup kembali di dunia ini utk kembali bertaubat kepada-Nya serta menjalankan segala perintah-Nya . Bersyukurlah! Kerana tidak semua yg bernasib baik seperti kita .

Bersyukur ya Allah , seandainya dengan izin Kau dptlah aku lulus utk membeli motor . Harap2 lah hajat termakbul . Hah ! Nak tengok motor ape yg aku nak beli ? Gini ceritanya !


Smart kan ? Harga pun kenalah terima dia punya smartnye . Takpe laa , janji senang jimat minyak . Ade kereta nanti tukar2 lahh guna kereta or motor pegi msu . Ni pun hafiz tolong nak dapatkn motor nih .
Bukan senang nak dpt kawan yg nak tolong sampai macam tu sekali . Semoga Allah s.w.t merahmati hambaMu itu !

End of 2013

Bismillahirrahmanirrahim....
Maha Suci Allah yg mengizinkan utk aku meneruskan perjalanan sebagai seorang hambaNya di muka bumi
ini . Ya Allah ya Rahman ya Rahim , Kau lah Tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Aku
bersyukur kepadaMu ya Allah kerana Kau telah menyusun aturkan jalan hidupku dengan baik .
Pada hari ini, penghujung tahun 2013 aku sedang dalam perjalanan pulang ke shah alam . Dimana tempat utk aku mengembangkan kerjaya sebagai seorang insan yg ingin mengecapi cita-citanya . Terasa berat sekali utk aku meninggalkan Johor tempat kelahiran ini . Aku rindukan kenangan lalu
sewaktu berada di tanah suciMu . Setiap detik , setiap saat aku mengingati bahawa siapa aku ini di muka
bumi Allah .
Mengimbas saat2 yg lebih drpd berharga aku sewaktu di tanah suci Allah membuatkan aku tatkala berasa
sedih dan ingin kembali ke sana utk melaksanakan segala ibadah dengan tenang sekali . Di setiap saat aku
terbayang bentuk Kaabah yg sangat2 indah pada pandanganku . Kagum aku melihat kebesaranNya sungguhtidak dpt kuungkapkan kata-kata seindah drpd kagumanku ini .