Saturday, 19 July 2014

Gaduh-gaduh sayang

"Hari-hari nak gaduh , hari-hari nak merajuk . Dah bilanya nak aman dalam perhubungan ?"
Assalammualaikum blogger...
Pastu ramai yg ingin tahu kenapa setiap perhubungan mesti ada huru-haranya , kucar-kacirnya . Pelik kan ? Awal2 dulu masa nak meng-ayat takde lah macam ni. Bila dah lama makin jadi sebati dengan perangai pasangan .

Ego ? Semua orang nak kan ego tak habis-habis . Bosan tahu tk ! Dua-dua taknak mengalah . Haihh -,- p
Bilanya nak berbaik kan ? Kalau selamanya asyik nak menang saje .

Sejujurnya , mal memang seorang lelaki yg sangat ego . Tak tahu laa mak datang dari mano peghangai ego tu . Dah buat salah tu bukan nak mengaku salah , lagi nak menang adalah.  Haihhh . Sabarnyalah wahai seorang kaum hawa ini terhadap diri yg tidak menyadarkan dirinya sendiri . Itu pun kerna sayang . Kalau tak sayang , "hm ! Lantak lah kau nyah . Bye bye pi main jauh2" .
Ya Allah ! Tabahnya hati kau . Tergugat hati ini . Tak tersampainya hatiku utk melihat air mata yg menitis bisu membuak tanpa erti yg kukuh . Agungnya cinta yg Allah swt utuskan buat hamba-hambaNya yg begitu ikhlas .
Moga2 impian menjadi kenyataan , dibebaskan drpd segala duka lara .
Aminn...

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan sudah tiba...

Assalammualaikum ...
Alhamdulillah , ramadhan tahun 2014 sudah tiba . Bersyukurlah kerna masih diberikan nyawa lagi utk berpuasa di bulan ini . Berdoalah utk mereka yg tidak sempat utk menunaikan ibadah ini di bulan yg mulia ini . Ku pohon seribu kemaafan di atas segala dosa dan silap salah . Moga2 ramadhan kali ini dpt mendewasakan diri ini lagi . Aku tahu bukanlah mulia sgt jika dibandingkan dengan yg lain tetapi aku juga tahu akan menebusi segala dosa-dosa yg dilakukan dengan beribadah kepada Allah yg Esa . Ya Allah , berkatilah ramadhan hambaMu kali ini , sebelumnya , malah yg akan datang . Aminn .

Tuesday, 24 June 2014

Sabar itu indah

Assalammualaikum para penghuni blogger ...
Alhamdulillah . Malam ni dpt lagi hidup dlm keadaan yg sihat wal afiat . Yg mati biarkan saja kenangan mengusik kalbu , manakala yg hidup harus bangkit kerna jalanan yg dilalui masih begitu panjang . Hari demi hari berubahnya musim ke musim dan juga waktu ke waktu . Tapi ada satu saja yg tidak berubah sehinggalah ke hari kiamat iaitu kepercayaan dan pegangan kita .

Sabarlah wahai umat Muhammad saw ! Sesungguhnya jika kau bersabar nescaya akan dikuatkan iman mu . Ya Allah ! Cukup sabar ini , ya Allah ! Apakah yg Kau berikan dugaan ini kepadaku ? Aku kuat kerna aku tahu engkau Maha Mendengar segala yg berada dalam hatiku . Inikah dugaanMu ? Aku rela ! Aku rela jika ianya menggantikan dengan pemergian . Sanggup atau tidak yg menjadi tanda tanya dalam diriku . Ya ! Sanggup drpd aku hilang akan seseorang . Sanggup drpd aku hilang cinta itu . Agungnya cinta ini ya Allah . Pertahankanlah ia , permudahkanlah ia , peliharalah ia ! Aminn...

Saturday, 3 May 2014

Inikah dugaan ?

Assalammualaikum...
Mal nak bercerita kalau ade yg sudi utk membaca silakan , yg tak hingin membaca tidak mengapa .
Hari demi hari dan diulangi dgn hari berikutnya dan hinggalah ke hari ini berbagai cabaran dan dugaan disuntikkan kpd mal sepertimana orang2 lain juga ada yg mengalaminya . Maha Suci Allah yg menciptakan makhluknya ada sebab dan hikmahnya yg diberikan utk mengajar hamba-hambaNya erti sabar . Namun apa yg harus kita lakukan adalah mengingatiNya selalu dn berdoa selalu agar dipermudahkan segala urusan di dunia ini . Apa pun dugaan dan cabaran yg diberikan mal terima dgn hati yg kuat dan tabah menghadapi . Sesungguhnya ada pengajaran buat kita pelajari drpd kesilapan lalu .
InshaaAllah , moga2 segala urusan kita dipermudahkan dan sentiasa ditempatkan bersama golongan2 yg bersabar . Aminn !

Thursday, 27 March 2014

Rindu ituu...

Rindu bermaksud kita mengingati seseorang yg kita kenangkan saat2 indah bersama , saat2 getir berama , saat2 pahit bersama . Rindu itu kadangkala menyakitkan kerana ianya tidak boleh dibuktikan pada mata-mata orang lain . Ianya hanya dapat dipendam walaupun teramat sukar . Tiada siapa yg meminta utk didatangi rindu itu malah ianya hadir seakan-akan tidak dijangka .

Sunday, 23 March 2014

Di hujung garisan waktu

Assalammualaikum wbt ..
Salam dr ikmal roslan . Cuti semester dh pun berakhir ke penghujungnya . Tengah tunggu result keluar je nih . Haihh . Sedu2 menunggu apakah keputusan utk semester lepas . Takpe laa semua dah lepas dh pun . Takkan dapat diubah semula . Apa yang dh trlaksana tidak dpt utk aku ubahnya . Hanya menerima dgn hati yg terbuka dan redha dengan apa yg sudah tersurat . Harapan mal utk semester lepas begitu tinggi . Moga2 keputusan menjadi satu kekuatan utk aku teruskn langkah ke puncak kejayaan .
Aminn ya rabbal alaminn...

Friday, 21 March 2014

Rindukanlah ~

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..

~ N F Z A ~

Wednesday, 19 March 2014

Waktu Ini

Pecah kaca , pecah gelas
Kita setia , ini yg dibalas ?

Assalammualaikum wbt .
Maaf ler pantun mal merapu sikit . Tetapi merapu2 pon ade tersirat maksud didalamnya . Rahsia tetap menjadi rahsia dan tidak boleh sesekali trjatuh kepada orang lain . Menyimpan rahsia adalah ibarat menyimpan seguni emas yg banyak drpd dicuri oleh orang lain kerna emas itu kan mahal , gila apa nak bg orang lain ! Namun, Ikmal Roslan masih lagi bertanya-tanyakan siapakah yg layak utk berada dalam hatinya . Calon ramai je dari dulu lagi tapi takde sape yg dapat bertahan dgn ikmal roslan . Hahaha . Menjadi satu tanda tanya utk mal jawab dgn sendirinya . Mal sentiasa berharap akan ada seorang wanita yg sanggup menempuhi segala ujian dn cabaran dt mal . Haha . Suka menguji kan ? Alaaa standard laa kan . Kita nk cari bakal ISTERI yg betul2 setia dn sanggup buat apa saja demi kita .
Ehm . Kali ni mal berharap pada seorang hamba Allah swt agar dapat meneruskan langkah bersama mal dn terus bertahan dn sabar . Mal akan kuat utk dia , dn dia juga perlu kuat utk diri dia sendiri juga diri mal . Mal berdoa sngt2 agar hamba Allah swt itu berjaya . InshaaAllah .

Wassalammualaikum wbt ..

Tuesday, 4 March 2014

Inilah jalannya...

Relakanlah aku pergi jauh darimu karna aku sudah tidak bermakna lg untukmu . Ku sedari betapa banyaknya halangan yg menimpa . Aku sedar atas ketidaksempurnanya hatiku ini untuk memiliki hatimu yg sesuci air yg turun dr syurga . Ku relakan kau dimiliki oleh pencinta yg lain jika itu yg terbaik untuk kita . Dengan pemergianku tidak bermakna aku tewas untuk memiliki cintamu , bahkan aku tidak mahu kau terlanjur sakit jika diteruskan bersamaku . Maaf dariku untuk yg dicintai . Jangan kau tangisi sebuah kenyataan . Pergilah bersama kebahagiaan yg bakal memimpinmu .

Monday, 3 March 2014

Hanya padaMu

Ya Allah , Kau berikan aku dugaan pada hari ini maka Kau permudahkanlah urusan bagiku pada keesokkan harinya . Himpitlah daku dengan kesabaran yg tinggi agar aku dapat bersabar dalam menempuhi dugaan-dugaan yg Kau berikan . Berilah kekuatan kepadaku selama Kau menduga kesabaranku . Aminn .

Sunday, 2 March 2014

Jawab hati ...

Hati bukan utk dimiliki dan memiliki , hati utk dicintai dan mencintainya sepenuh hati . Tidak semua yg tahu hati yg dimiliki itu mencintai hati yg memiliki . Kadangkala hati yg memiliki tidak tahu bahawa hati yg dimiliki itu mencintainya .

Manusia itu sama saja !

Setiap manusia mempunyai kelemahan yg berbeza kerna kita semua dicipta di muka bumi ini tidaklah sempurna . Ada kalanya seseorang insan itu lemah pada mata orang lain tetapi tinggi di sisi Allah , ada juga yg tinggi pada mata orang lain tetapi jauh dari Allah . Kita semua dicipta adalah atas persetujuan diri kita sendiri sewaktu berada dalam rahim ibu lagi dan kemudiannya kita dilahirkan ke dunia . Allah menciptakan manusia sebaik-baik alam walaupun ada kalanya tercipta manusia yg tidak sempurna . Meskipun begitu , kita perlu bersyukur di atas pemberian Allah kerna di setiap pemberianNya ada tersirat pelbagai sebab . Itulah tandanya Allah swt itu Maha Adil .
Bersyukurlah wahai hamba Allah !

Wednesday, 26 February 2014

Jealous means "CEMBURU" ?

Cemburu tak bermaksud kita mengongkong seseorang tetapi ianya tanda kita sayangkn seseorang dan takut akan kehilangannya . Sukar utk aku luahkan . Tetapi ikmal roslan tetap kuat dan tabah demi orang yg dia cintai . Kadangkala dia berasa sakit apabila wujudnya orang lain berhubung dengan orang kesayangan . Tetapi perlu diingati bahwa kebebasan perlu ada utk si dia . Hanya berfikiran matang dn percaya antara satu sama lain . Biarlah kesedihan itu membara tatkala berasa cemburu kerna tidak kan lari ke mana jika dia sudah menjadi satu tanggungjawab utk aku . Berserah kpd Tuhan dn memohon perlindungan dn hidayah . Serta diberikan kesabaran yg tinggi utk bertahan sewaktu mengejar cinta yg paling agung buatku .

Tuesday, 25 February 2014

Tersuratnya kisah hati...

Tika aku di dalam kesedihan tidak siapa yg dapat tahu tentang kesedihan itu . Hendak ku nyatakan tetapi ianya kosong seumpama tiada gunanya . Seperti hati yg sedang membara apinya namun tak siapa yg tahu apatah lagi hendak padamkannya . Hati kadangkala akan reda dengan tiupan angin tetapi harus diingati api dalam hati amat sukar utk dipadamkan terus . Utk menjaganya amatlah sukar . Tidak semua yg dapat mengetahui apakah penawar baginya . Hanya ketabahan yg dapat mengawal hati tatkala ianya sedih .

Thursday, 13 February 2014

Sebuah noktah ...

Di hari2 kita terdapat satu noktah yg kita tidak pasti adakah ia bermaksud berakhir . Kadangkala , berakhirnya hari ini tidak semestinya bermulanya hari esok . Ia juga mungkin terikat dengan hari esok . Hanya kita yg tidak sadar pengakhirannya membawa sejuta pertanyaan . Hanya kita yg tidak mampu utk laluinya tetapi kita mampu utk lari daripada kenyataan itu .

Saturday, 1 February 2014

Erti sebuah tajuk

Maafkan aku kerna gagal utk menjadi yg terbaik untukmu . Akan ku sampaikan doa yg terbaik buatmu . Ampunilah segala silap dan salahku kepadamu . Segala apa yg telah kita lakukan selama ini . Aku bukanlah yg terbaik untukmu . Meskipun kita sudah berjanji . Kau bukan untukku lagi . Ku pinta agar kau pergi meninggalkan aku kerna cinta antara kita sudah menjadi debu yg kering . Ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu ini agar dapat meneruskan langkah ini dengan semangat yg baru meskipun tanpa seseorang yg aku cintai dahulu .

Hari-hariku..

Hidup aku sunyi seperti seekor kucing jalanan yg merayau-rayau mencari tuannya . Kala siang bermula aku meneruskan perjalanan ini dengan hati yg tabah utk menghadapi ujian-ujian yg akan datang . Tidak aku sedari bahwa hari menjelang senja . Lalu aku bergegas utk mencari tempat utk berteduh dr segala ujian yg tdk dpt aku temui jawapannya . Malam pula aku akan bersendirian tanpa menghiraukan gerak hati yg menginginkan sesuatu yg baru , namun aku takut utk memburu impian itu kerna kuatir ianya akan menyakitkan diri ini tatkala aku sadari kesilapan yg aku tdk tahu di mana penghujungnya .

Tuesday, 28 January 2014

Assignment to be done ..

Assalammualaikum .
Mohon maaf yg dipinta buat mama ayah yg jauh di sana . Degupan rindu seorang anak buat orang tua yg menunggu kepulangan anaknya di masa cuti semester . Semester ni sangat2 busy buat aku dengan limpahan pelbagai assignment serta project utk final semester ni . Memang tak larat lah ceritanya . Hari2 tak cukup tido semata-mata menghadap kerja yg bertimbun-timbun . Adakah ini dugaanl Allah kepadaku ? Uuu Ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu ini utk menghadapi hari2 yg penuh dengan kesibukan . Tekanan minda yg memanjang . Permudahkanlah segala urusan harianku . Aminn !

Sunday, 26 January 2014

Bangun jalan sendiri !

Assalammualaikum , salam dari ikmal roslan 
Macam biasa meniti hari-hari tanpa berasa beban walaupun kita sudah tahu ianya sangat membebankan . Tetapi ingtlah wahai saudara dan saudariku bahawa Allah swt itu ada disisi kita . Hari demi hari pelbagai dugaan yg telah aku lalui di titian yg penuh dgn dugaan dan cabaran . Entah apa yg akan aku lalui nanti di hari esok . Aku gementar utk menanti hari-hari selanjutnya . Walaupun aku percaya kekuatan dalam diri ini dapat menampung kelemahanku . Aku percaya Allah ada utk aku bangkit meniti kehidupan ini .

Alhamdulillah !

Saturday, 18 January 2014

Meniti rinduu .

Assalammualaikum .
Salam minggu dari mal . Kadang- kadang mal ni jadi orang tidak pandai nak mengurus hal-hal peribadi sendiri . Kalau bab-bab nasihat orang dah macam gaya ustaz . Eceh ! Bukanlah , mal gurau je . Hmm . Tapi mal takde laa fikir sangat . Yelahh kan , bak kata orang "jangan berharap kepada sesuatu yg belum pasti" . Jika benar Allah swt itu mengutuskan perkara itu maka jadilah ia akan sesuatu perkara itu . Tidak perlu ada perasaan risau kerna Allah itu Maha Kuasa .

Mungkinkah ini permulaannya atau hanya sekadar simpang jalan . Hanya Allah saja yg tahu . Mal hanya seorang hamba yg tidak berhenti utk menagih simpati ke atasNya . Apa-apa pun hidup perlu diteruskan . Hanya doa menjadi ingatan . Pesanan menjadi pedoman . Usaha menjadi kejayaan . InShaaAllah !

"Sesungguhnya orang-orang yg bersabar pasti akan mendapat keberkatan dalam hidupnya dan dipermudahkan segala urusan kelak nanti"

Friday, 3 January 2014

Motor Baru ? Maybe ! InShaaAllah

Alhamdulillah ya Allah !
Alhamdulillah ! Kerana diberi kesempatan utk bernafas kembali pada hari jumaat ini . Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana diberi kesempatan utk hidup kembali di dunia ini utk kembali bertaubat kepada-Nya serta menjalankan segala perintah-Nya . Bersyukurlah! Kerana tidak semua yg bernasib baik seperti kita .

Bersyukur ya Allah , seandainya dengan izin Kau dptlah aku lulus utk membeli motor . Harap2 lah hajat termakbul . Hah ! Nak tengok motor ape yg aku nak beli ? Gini ceritanya !


Smart kan ? Harga pun kenalah terima dia punya smartnye . Takpe laa , janji senang jimat minyak . Ade kereta nanti tukar2 lahh guna kereta or motor pegi msu . Ni pun hafiz tolong nak dapatkn motor nih .
Bukan senang nak dpt kawan yg nak tolong sampai macam tu sekali . Semoga Allah s.w.t merahmati hambaMu itu !

End of 2013

Bismillahirrahmanirrahim....
Maha Suci Allah yg mengizinkan utk aku meneruskan perjalanan sebagai seorang hambaNya di muka bumi
ini . Ya Allah ya Rahman ya Rahim , Kau lah Tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Aku
bersyukur kepadaMu ya Allah kerana Kau telah menyusun aturkan jalan hidupku dengan baik .
Pada hari ini, penghujung tahun 2013 aku sedang dalam perjalanan pulang ke shah alam . Dimana tempat utk aku mengembangkan kerjaya sebagai seorang insan yg ingin mengecapi cita-citanya . Terasa berat sekali utk aku meninggalkan Johor tempat kelahiran ini . Aku rindukan kenangan lalu
sewaktu berada di tanah suciMu . Setiap detik , setiap saat aku mengingati bahawa siapa aku ini di muka
bumi Allah .
Mengimbas saat2 yg lebih drpd berharga aku sewaktu di tanah suci Allah membuatkan aku tatkala berasa
sedih dan ingin kembali ke sana utk melaksanakan segala ibadah dengan tenang sekali . Di setiap saat aku
terbayang bentuk Kaabah yg sangat2 indah pada pandanganku . Kagum aku melihat kebesaranNya sungguhtidak dpt kuungkapkan kata-kata seindah drpd kagumanku ini .